Sunday, 23 October 2011

learning from observations of life......

pernah dulu, terfikir, yg orang2 bersolat ini, bagus sedikit dari yang lain. ya, mungkin kita bertudung dll. tetapi, ada sekali, aku terlihat kenalan ku,seorang gadis yg kurang solat, bersolat. aku tersentuh, terkejut.

Mungkin, untuk kita yang bersolat, adakalanya kita solat dgn pantas, terlupa perkara asas. Aku melihat kenalan ku itu solat. Mengamatinya gerak geri nya. Mula2, dia mencari tempat yang senyap sedikit untuk solat. Aku melihat dia solat dengan lamanya, dengan bersungguh-sungguh untuk dia mendengar setiap kalimah yang dikatakannya. Aku terasa, bahawa, pada masa itu, dia mendapat hadiah dari Tuhan yang sukar kita manusia kecapi, khusyuk dalam solat. Aku nampak dia ikhlas pada Allah. Sebagai manusia, aku sedari, sukar sgt untuk mendapat khusyuk ini. Jadi, untuk melihat kenalan yg kusayangi ini solat dgn bersungguh-sungguh, aku rasa malu pada diri sendiri dan Tuhan.aku rasa,pada masa itu, Tuhan sangat menyayanginya,menhadiahkan dia sebuah hadiah yang paling dikejari muslimin. dia sgt bertuah....

Pada masa itu sehingga hari ini(insyaAllah,moga2 selamanya), aku sedari, kita manusia, creation of Allah Almighty. Apa saja Creation of Allah, pastinya special, istimewa. Tak layak sesaat pun untuk kita,manusia, memandang rendah antara kita.  Cuma kita pelajari dari kekuatan dan mengambil iktibar dari kelemahan sesama kita. kita hanya manusia,tidak layak sedikit pun utk menghakimi org lain. Hanya ALLAH yang Maha Kuasa.hubungan manusia dgn Allah, semua ada hubungan tersendiri.Masyaallah, betapa uniknya manusia ini. moga dpt ku pelajari ttg hidayah manusia yg berlainan-lainan dan unik.terbukti kebesaran Illahi utk memberi hidayah melalui pelbagai cara. dari observations, setiap manusia ada keistimewaan dlm hubungan dgn Illahi.jadi,tiada guna utk kita meninggi diri.kita perlu cuba setiap hari utk tidak memandang rendah pd org lain,instead, mendoakan utk nya utk mendapat Hidayah. dan kita sentiasa appreciate setiap kebaikan yg manusia lakukan, walaupun hanya sedikit.

Yours truthfully^_^

Credits:
Moga Allah always bless my dearest kenalans

No comments:

Post a Comment