Wednesday 25 July 2012

Meaning of Al-Fatihah....the Glorious Surah.....

In the name of Allah, the Compassionate, the Merciful
Master of the worlds and Sovereign of the Day of Judgement
You alone we worship, and from You alone we seek our aid
Guide us to the straight path
The path of those You have earned Your favour
Not of those who have earned Your anger
Or those who have gone astray.
Ameen.

What to do when your hearts says these???

Ever wonder as a muslim, what should we do when our heart says all these???What is the cure??? Don't be sad dear Muslims.....InsyaAllah, here are the cure:
 
Q:Feeling alone?'•.¸✮ A:Innallaha ma'ana(Allah is with us/sesungguhnya Allah bersama kita)

» Q:Wishing something?'•.¸✮ A:Man jadda wa jadda(Who works hard, he/she will succeed/siapa yang berusaha,dia akan berjaya)

» Q:Missing somebody?'•.¸✮ A:Ma fi qalbi ghairullah(No one but only Allah in my hear/tiada dalam hatiku melainkan Allah)

» Q:Saw evil or do evil?'•.¸✮ A:Inni akhafullah(I am afraid of Allah/sesungguhnya aku takutkan Allah) 

 

Friday 11 November 2011

Kisah Rasullullah SAW sebagai pengajaran


Kisah Rasulullah SAW Sebagai Pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur

3 quotes, found in friends' fb :)


first:
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.”
(HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)~~@ILoveAllaah.com
 
second:
To be a Muslim is to deeply Love Allah. May our hearts always yearn to be near our Creator.
third:
 Jangan mudah menghukum yang jahil. Bina ikatan hati kerana Allah agar hidayahNya dapat mencerahkan yang gelap

Puisi Titian Sang Pendosa

Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..
Professor-Aredee Nawawi's photos
Puisi Titian Sang Pendosa

Kalau boleh,
Aku nak lupakan semua dosa,
Yang kalanya muncul melemahkan jiwa,
Yang kerap kali hadir acapkali semakin dekat denganNya.

Di mana silapnya,
Tersedar sendiri kelemahan diri,
Atau di mana benarnya,
Membawa erti insafi diri.

Titian perjalanan kehidupan ini,
Ibarat perjalanan merentasi titian sirat,
Tergelincir langkah, lembah kehinaan yang aku dapat,
Jadikan aku yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Mengharap ampunan dari Yang Esa dikasihi dikurniakan redha,
Aku juga mengimpikan mahligai syurga.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Wahai Pemilikku,
Jangan sedarkan aku di usia senja,
Ubun-ubun mengusap wajah,
Manakan sempat aku bertaubat menyuci jiwa menutupi khilaf,
Untuk mengharap cintaMu.

Ya Tuhanku Allah,
Hanya Kau yang aku sembah,
Hanya pada-Mu aku berserah.

Wahai Tuhan,
Kurniakanlah aku ampunan,
Biar ringan segala beban.

Muhasabah taubatku jadikan ampunan khilafku,
Sakit yang kurasa jadikan penawar dosaku,
Jika aku harus mati,
Pertemukan aku denganMu.

~ Aredee Nawawi ~
10 Zulhijjah 1432H
6 November 2011
2200
Jami'ahtul Butra Al-Maliziyah

Monday 24 October 2011

mari kita cuba tidak timbulkan syaitan within a person.....

because we Love Allah, we try to avoid syaitan, making syaitan disperse, right? so, okay, sometimes we think of parents. we always want to do the opposite of what parents ask us to do..... and in the end, we had made our parents feel angry and upset. syaitan (devil) exist when people are angry. thus, let's do like what firman Allah had told us to do, which is be nice and kind to our parents. listen to them and talk nicely.Allah's blessing is on out mum's and dad's blessing. they know what's best as they had gone through life and they did not want us to make the same mistakes. and let's make syaitan disperse.....

yours truthfully^_^

one of the easiest sedekah

one of the easiest sedekah that we can do eventhough we dont have money is.....

smile^_^ senyumlah....

kita dapat pahala for making other people happy....semoga boleh menjadi penghapus dosa